Wednesday, February 17, 2010

Sekolah Datuk Haji Ahmad Badawi



Sejarah Sekolah
SEBAB PENUBUHAN:

Untuk menampung pelajar-pelajar aliran Melayu di kawasan Kepala Batas dengan bermulanya 'Sistem Anikajurusan'. Sebelumnya terpaksa ke Sekolah Dato Onn, B'worth atau Sekolah Menengah Kepala Batas(Inggeris).

SEJARAH RINGKAS:

Permulaannya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bertam yang ditubuhkan pada 1965 dengan En. JUNID AROPE sebagai Guru Besar yang pertama. Pada tahun 1967 sekolah ini dipindahkan dan menumpang di KBSS/SDHAK dan bertukar namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas (SMKKB). En. MOHAMAD REJAB menggantikan tempat Junid Arope yang ke England pada Sept. '67-Jun '68.Kemudian Mohamad Rejab ditukarkan dan tempatnya diambil oleh En. WAN HJ. KASSIM. Pada Jul. '78 - Dis '69 Encik Junid Arope menjawat Guru Besar semula sehingga beliau digantikan oleh En. Zainal ABIDIN MOHD. ALI pada Jan. 70 - Dis. 79.Dalam tahun 1978 sekolah ini sekali lagi bertukar nama kepada SEKOLAH DATUK HAJI AHMAD BADAWI.(SDHAB) dan memiliki bangunan sendiri.

BANGUNAN SEKOLAH:

1965-1966 - Menumpang bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang Bertam
1967-1977 - menumpang bangunan Sekolah Menengah K.Batas(ING)
1975- menumpang bersama Sekolah Daeratul Maarifil Wataniah (Tg.2&4)
1976-1977 - masih menumpang di KBSS dengan 16 bilik darjah sendiri.
1978 - memiliki bangunan sendiri dengan 26 bilik darjah (SMKDHAB)
1983 - mendapat sebuah bangunan tambahan (pasang siap) 6 bilik darjah.
1984 - proses pembinaan bangunan pasang siap dua tingkat yang sempurna.
1990 - dewan sekolah siap dibina dan digunakan.

PERASMIAN : DATUK HUSSAIN ONN

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan SEKOLAH DATUK HAJI AHMAD BADAWI pada 26hb. Jun, 1978 dalam upacara bersejarah.

GURU

Guru merupakan insan yang mulia kerana mereka melaksanakan tugas mendidik anak watan untuk menjadi insan yang berguna. Tanpa mereka negara tidak akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berpandangan jauh. Oleh itu, guru memang merupakan insan yang bertanggungjawab membina sebuah negara dan bangsa yang gemilang.

Jika ditelusuri secara mendalam, tanpa guru tidak mungkin seorang perdana menteri berkuasa, tidak mungkin seorang juruterbang mampu menerbangkan kapal terbang. Hal ini semuanya bermula daripada seorang guru. Oleh itu, guru merupakan aset terpenting dalam mendidik anak bangsa.Selain itu, guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar semasa proses pembelajaran. Oleh itu, para pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Bak kata pepatah, “bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini kerana gurulah penyalur ilmu dalam membina negara bangsa.Konklusinya, guru ibarat lilin yang menerangi alam ini. Tanpa guru tidak akan wujud pemimpin yang berwawasan. Hal ini kerana guru bersungguh-sungguh dalam membina anak bangsa. Disebabkan itu, lahirlah anak-anak bangsa yang berwawasan bagi menggantikan pucuk pimpinan pada masa hadapan. “Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Maka benarlah guru pembina negara bangsa.

Lagu Sekolah

Cekal hati tekun berusaha
Dedikasi semangat bersama
melambang satu warga
Jadi rakyat berguna

Semaikanlah ilmu pengetahuan
Berusaha untuk kemajuan
Bersatu dalam persatuan
Melahirkan insan harapan

Badawi sekolah kami
Guru dedikasi dihormati
Cemerlang ikrar kami
Rajin tekun berbakti

Agama jadi panduan semua
Rukun negara tidak lupa
Usaha terus berusaha
Hingga kami berjaya